Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menjangkakan eksport minyak sawit Malaysia kekal stabil pada sekitar 16 juta tan pada 2027.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Atlet Minyak Sawit Malaysia, MPOC menjangkakan ekspor minyak sawit Malaysia kekal stabil pada sekitar 16 juta tan pada 2027.
00:11Memetik analisis dan unjuran pasaran global bebas oleh Oil World, MPOC berkata,
00:17pengeluaran minyak sawit Indonesia dijangka merosot 1.9 juta tan pada 2027,
00:23manakala pengeluaran Malaysia diunjur berkurangan 0.7 juta tan.
00:30Katanya dalam satu kenyataan pada selasa, ekspor Indonesia juga diunjurkan susut hampir 3 juta tan pada 2027,
00:37mencerminkan permintaan domestik lebih kukuh, susulan peningkatan campuran biodiesel serta prospek pengeluaran yang lebih lemah.
00:45Susulan itu Malaysia dijangka menjadi sumber minyak sawit penting kepada pengguna global,
00:50manakala para stok semasa yang tinggi di negara ini berkemungkinan hanya bersifat sementara.
00:56MPOC berkata pengeluaran minyak sawit Malaysia meningkat sedikit sebanyak 1.4% bulan ke bulan kepada 1.8 juta tan
01:05pada Ogos 2026,
01:07disokong peningkatan kutipan tandan buah segar serta kadar perahan minyak yang lebih baik berbanding Julai.
01:13Bagaimanapun pengeluaran masih di bawah paras dicatatkan pada tempoh sama tahun sebelumnya,
01:19sekaligus mencatat penurunan tahun ke tahun untuk bulan ke-6 berturut-turut sejak Mac 2026,
01:25manakala ekspor minyak sawit terkumpul dari Januari hingga Ogos 2026 meningkat 806 ributan kepada 10.4 juta tan.
01:35Ekspor menyusut 7.5% bulan ke bulan pada Ogos kepada 1.29 juta tan disebabkan pengantaran yang lebih rendah
01:43ke Asia Selatan dan Asia Barat.
01:45Meskipun ekspor bulanan merosot, MPOC berkata ekspor bagi keseluruhan tahun diunjurkan mencapai 16.0 juta tan iaitu 5.2%
01:56lebih tinggi berbanding jumlah dicatatkan pada 2025.
02:00Sementara itu, gabungan peningkatan pengeluaran dan ekspor yang lebih rendah menyebabkan stok minyak sawit meningkat kepada 2.8 juta tan
02:08pada Ogos.
02:09Mengenai prospek, MPOC berkata harga minyak sawit mentah MSM dijangka kekal kukuh lebih RM4,700 setan pada Oktober dan mungkin
02:18berterusan sepanjang baki tahun ini disokong ketidaktentuan cuaca serta pasaran tenaga memberansangkan.
02:26Terima kasih.
02:28Terima kasih.
Comments

Recommended