Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Malaysia memiliki infrastruktur, teknologi dan kepakaran yang mencukupi untuk menarik pelaburan, namun kestabilan dasar kekal menjadi faktor utama yang dinilai pelabur. CEO dan Pengasas Bersama SoyaCincau, Amin Ashaari berkata pelabur memerlukan jaminan bahawa polisi strategik negara kekal konsisten dalam tempoh jangka panjang bagi membolehkan mereka merancang pelaburan dengan lebih yakin.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia memiliki kelebihan dari segi infrastruktur, teknologi serta tenaga kerja berkemahiran untuk terus menarik pelaburan langsung asing atau FDI.
00:10Namun menurut Ketua Pegawai Eksekutif, merangkap pengasas bersama Soya Chin Chow Amin Ashari, faktor kestabilan dasar dan hala tujuh negara
00:19dilihat sama penting dengan insentif yang ditawarkan kepada pelabur.
00:25Amin berkata selain insentif pelaburan, Malaysia perlu memberi jaminan kepada pelabur bahawa dasar ekonomi negara kekal konsisten dalam jangka masa
00:35panjang.
00:36Malaysia sememangnya mempunyai keupayaan serta fasiliti yang mencukupi untuk menarik pelaburan berkualiti.
00:42Namun pelabur memerlukan keyakinan bahawa polisi utama negara tidak berubah secara drastik setiap kali berlaku pertukaran kerajaan.
00:51Kalau kita ada kerajaan sekarang yang ada polisi sekian dan kerajaan yang baru yang akan datang yang akan merombak polisi
00:58itu 180 degree dan itu menjadi masalah kepada pelabur.
01:05Pelabur perlukan kestabilan 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun. Benda ini tak akan berubah.
01:12Jadi kalau saya nak invest 1 bilion ke Malaysia, tapi saya tak tahu 1 bilion ini dalam masa 3-4
01:19tahun akan datang apa akan berlaku, itu akan melahirkan kebusaran.
01:23Tambah beliau perkara yang melibatkan pembangunan kemahiran rakyat, peningkatan keupayaan ekonomi serta daya saing negara perlu dijadikan agenda nasional yang
01:33merentasi perubahan pentadbiran.
01:35Komitmen berterusan terhadap dasar-dasar strategik mampu memberikan keyakinan lebih tinggi kepada pelabur untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan jangka
01:45panjang.
01:46Amin berpandangan kestabilan dasar bukan sahaja penting untuk menarik modal asing malah menjadi asas kepada usaha memperkukuh daya saing ekonomi
01:55negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat dalam jangka masa panjang.
02:00Pandangan tersebut dinyatakan dalam program pantau belanjawan pada selasa.
02:05Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended