00:00Malaysia mencadangkan satu mekanizm rasmi yang diwujudkan sekiranya 55 rakyat negara ini yang hilang dalam bencana di Nepal gagal ditemukan.
00:09Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mekanizm itu penting bagi membantu keluarga mangsa, menguruskan urusan undang-undang, kewangan dan
00:16juga pentadbiran.
00:20Cadangan berkenaan dikemukakan kepada Perdana Menteri Nepal Balendra Shah dalam perbualan telefon sebelum Anwar berlepas ke China pagi Selasa.
00:28Anwar akan mengutus surat rasmi kepada Shah bagi memperincikan cadangan tersebut.
00:33Dalam perbualan itu, beliau turut menyampaikan keresahan keluarga 55 rakyat Malaysia yang masih menantikan kepastian mengenai nasib insan tersayang.
00:41Shah memaklumkan kepada Anwar keadaan di lapangan masih rumit dengan skala kemusnahan disifatkan seperti tsunami.
00:48Bagaimanapun, Shah memberi jaminan usaha percarian akan diteruskan sedaya upaya meskipun berdepan keadaan semakin mencabar.
00:58Terima kasih telah menonton!
Comments