Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Taufan Dujuan menyebabkan sekurang-kurangnya 275 penerbangan di Jepun dibatalkan pada Isnin dan mencetuskan amaran hujan yang berpotensi mencatatkan rekod ketika ribut itu menghampiri Tokyo.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Taufan dujuan menyebabkan sekurang-kurangnya 275 penerbangan di Jepun dibatalkan pada Isnin dan mencetuskan amaran hujan yang berpotensi mencatatkan rekod
00:10ketika ribut itu menghampiri Tokyo.
00:13Taufan yang disertai angin kencang itu turut menyebabkan penutupan awal salah satu pameran perdagangan permainan video terbesar dunia di ibu
00:22negara itu selain menyebabkan bekalan elektrik terputus kepada ribuan penduduk.
00:28Agensi Meteorologi Jepun JMA pada Ahad memberi amaran hujan dan angin dijangka bertambah buruk sebelum ketibaan Taufan berkenaan.
00:36Jumlah hujan sehingga selasa boleh melebihi purata hujan bulanan bagi September mengakibatkan hujan lebat yang mencatat rekod.
00:43Kelajuan angin Taufan berkenaan mencecah 144km sejam ketika ribut itu berada kira-kira 110km dari Hachi Jojima antara pulau paling
00:52jauh dari Tokyo.
00:53Pada Senin lebih 4,000 isi rumah di Chiba bersebelahan Tokyo terputus bekalan elektrik manakala JMA dan pihak berkuasa tempatan
01:03memberi amaran kepada penduduk mengenai hujan lebat serta kemungkinan berlaku tanah runtuh.
01:09Japan Airlines membatalkan 120 penerbangan domestik dan 15 penerbangan antarabangsa manakala All Nippon Airways membatalkan 140 penerbangan domestik.
01:21Pengendali kereta api di Tokyo dan kawasan berdekatan menggantung perkhidmatan di beberapa laluan.
Comments

Recommended