Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Langkah tersebut sekali gus mengeruhkan lagi pertikaian berhubung isu akses media serta hak kebebasan bersuara di bawah Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tiga agensi berita terkemuka CNN, MSNOW dan Politico pada Isnin menyatakan kesedihan untuk mengemukakan saman terhadap pentadbiran Trump
00:10ekoran tindakan menyekat wartawan mereka daripada memasuki premis White House.
00:16Langkah itu sekaligus mengeruhkan lagi pertikaian berhubung isu akses media serta hak kebebasan bersuara di bawah pindaan pertama Perlembagaan AS.
00:27Sabtu lalu kru media daripada CNN dan MSNOW terpaksa melaporkan dari luar pekarangan White House selepas mereka bersama wartawan Politico
00:36dinafikan akses masuk.
00:38Tindakan itu menyusuli pengumuman Presiden Donald Trump yang mahu mengharamkan agensi terbabit dari memasuki kawasan bangunan berkenaan.
00:47Sambil berdiri di kedua-dua belah jalan Pennsylvania yang bertentangan dengan bahagian barat White House,
00:53barisan wartawan terbabit melaporkan pengalaman mereka kepada penonton sepanjang hari.
01:00Ketiga-tiga saluran berita itu secara berasingan sahkan pas media mereka dirampas pada pagi Sabtu ketika wartawan mereka hadir ke
01:08White House untuk bertugas.
01:10Pihak pengurusan agensi berita itu membayangkan akan mencabar larangan berkenaan atas dasar ia bercanggah
01:16dengan perlindungan pindaan pertama Perlembagaan Amerika yang menjamin kebebasan bersuara dan media.
Comments

Recommended