00:00Sarawak kini dalam proses membina banyak projek jalan raya, namun cabaran besarnya adalah tanah gambut yang menyebabkan laluan darat ini
00:09bergelora selepas digunakan dalam tempuh yang singkat.
00:13Bagi mengatasi masalah ini, Jabatan Kerja Raya Sarawak kini memiliki beberapa alternatif untuk menanganinya yang terhasil daripada teknologi dan inovasi
00:22terkini.
00:23Wartawan Awani Borneo, Rudi Afani Khalid menerusi laporan khas merawat gelora daratan. Ada buktirannya?
00:30Ketika beratus-ratus kilometer jalan dibina sejak merdeka, hampir separuh daripadanya berhadapan isu ini selepas beberapa bulan digunakan.
00:40Punca utamanya bukan kenderaan besar, sebaliknya struktur tanah gambut.
00:44Menurut pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak, Datuk Dr. Kasidi Morris, kerja-kerja penyelenggaraan ini menelan kos sehingga RM400,000 ke
00:53RM500,000 per kilometer.
00:55Menyedari situasi itulah, kata Dr. Kasidi, Jabatan Kerja Raya Sarawak hadir dengan teknologi dan inovasi baharu antaranya waterbag yang bertujuan
01:05untuk menjadikan tanah gambut itu mampat, tidak mudah bergelora apabila siap dibina.
01:10Jadi, waterbag ini sebenarnya adalah satu cara untuk kita membuat pemadatan tanah, pemendapan tanah.
01:19Yang mana kalau kita lihat apabila kita membina jalan raya, kontraktor akan membuat clearing, dia akan merata tanah kepada satu
01:31level yang telah direkabentuk.
01:34Dan selalunya, kita akan top up layer by layer dengan tanah.
01:39Jadi, kalau kita menggunakan waterbag, kita ratakan tanah itu, sediakan kepada platform level yang telah kita rekabentuk.
01:48Dan kita membuat pemadatan tanah.
01:50Tapi, waterbag angkut sekali, susun dekat semua platform jalan tadi dan isikan air.
01:58Dan berat air yang di dalam waterbag digunakan untuk membuat pemadatan tanah.
02:04Dan mengambil masa beberapa bulan.
02:07Kata Dr. Kasidi lagi, selain mudah, cepat dan efisien, inovasi ini juga mesra alam kerana ia tidak terdedah kepada risiko
02:15hujan serta menggunakan banyak tanah tambahan.
02:19Di sini kita melihat inovasi ini dapat memendekkan perjalanan projek, penyiapan projek dan juga dari segi kesenangan untuk membina jalan
02:30raya pun lebih senang.
02:31Kurang aktiviti mengangkut tanah di tapak dan dari segi kemustahan alam pun, kita mendapat kebaikan.
02:41Sebab, air itu tadi berada di dalam waterbag, tidak bergerak dan tidak ada gangguan terhadap kawasan tapak.
02:50Jadi inilah yang sangat bagus, yang pertama di Malaysia dan dari segi ESG, inovasi menggunakan waterbag ini sangat mesra alam
03:02dan dapat menyelamatkan 82% karbon footprint.
03:09Ketika ini, projek rintis teknologi ini sedang dilaksanakan di Jalan Sebuyolingga sejauh 28km.
03:17Sebanyak 1,205 unit bag telah diletakkan di isi panjang laluan tersebut yang bersaiz 10m panjang dan 15m serta 20m
03:26lebar.
03:26Dengan ketinggian setiap bag sekitar 2.5m, ia menjadikan setiap bag ini membawa beban mencucah 375 ton dan 500 ton
03:36setiap satu.
03:37Terima kasih telah menonton!
Comments