Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Sabah menyasarkan peningkatan kehadiran pelancong dari China dengan memanfaatkan penerbangan terus Chongqing-Kota Kinabalu yang beroperasi tiga kali seminggu, sekali gus membuka akses lebih mudah ke negeri itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sabah menyasarkan peningkatan kehadiran pelancong dari China dengan memanfaatkan penerbangan terus Chongqing, Kota Kinabalu yang beroperasi tiga kali seminggu, sekaligus
00:11membuka akses lebih mudah ke negeri itu.
00:14Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafri Arifin berkata, kemudahan penerbangan terus itu memberi kelebihan strategik kepada Sabah
00:22dalam usaha memperkukuh pasaran pelancongan China, terutama menjelam visit Sabah 2027.
00:29Katanya laluan itu membolehkan pelancong dari Chongqing menikmati perjalanan yang lebih mudah ke Sabah tanpa perlu melalui perjalanan yang kompleks
00:36atau transit panjang.
00:37Katanya lebih banyak penerbangan terus ke Sabah membawa lebih banyak peluang kepada industri pelancongan serta komuniti tempatan.
00:44Selain itu Jafri berkata China kekal sebagai antara pasaran penting bagi Sabah. Promosi secara langsung perlu diperkukuh untuk meningkatkan kesedaran
00:53mengenai pelbagai produk pelancongan yang ditawarkan berita sebut.
00:57Menurutnya Sabah B2C Roadshow itu menghimpunkan 10 wakil industri pelancongan Sabah bersama rakan perdagangan pelancongan China bagi mempromosikan kepelbagaian tarikan
01:07negeri itu.
01:08Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena Sabah B2C Roadshow di Chongqing, China.
01:13Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended