00:00Seorang penuntut universiti di Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistrat Kluang pada Jumaat atas pertuduhan memandu secara melulu dan
00:09membahayakan pengguna jalan raya pada Jun lalu.
00:13Tertuduh Goh Yin Zun, 19 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistrat Norasidah A. Rahman.
00:21Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu kereta jenis Mercedes-Benz dalam keadaan yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain di kilometer
00:3127 Jalan Renggam ke Simpang Renggam pada kira-kira jam 1.19 petang pada 1 Jun lalu.
00:38Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 42 Kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
00:44Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.
00:56Kes akan disebut semula pada 20 November depan.
Comments