00:00Selepas melalui perbicaraan kes Jana Wibawa, bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilepas dan dibebaskan DNA oleh Mahkamah Tinggi
00:09Kuala Lumpur pada selasa daripada satu pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram amla membabitkan RM200
00:19juta.
00:20Hakim Norruwena MD Nordin memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan membuat keputusan untuk tidak meneruskan empat daripada tujuh pertuduhan berkaitan Bukhari
00:31Ekuiti Sendirian Berhad.
00:33Beliau berkata selepas meneliti hujahan kedua-dua pihak dan undang-undang berkaitan yang dikemukakan mengikut Seksyen 25401 Kanon Tata Cara
00:44Jenayah.
00:44Menurutnya, Seksyen itu memperuntukkan bahawa pada mana-mana peringkat perbicaraan sebelum penghakiman disampaikan, pendakwa raya boleh memaklumkan tidak akan meneruskan
00:55pendakwaan terhadap tertuduh bagi sesuatu pertuduhan.
00:59Hakim berkata pihak pendakwaan tidak melampirkan sebarang alasan bagi permohonan berkenaan selain menyatakan tidak mahu meneruskan pertuduhan dan menyerahkan perkara
01:09itu kepada budi bicara mahkamah.
01:11Jelasnya, mahkamah memberi perintah DNA bagi empat kes itu sahaja, manakala perbicaraan tiga lagi kes berkaitan janawi bawah akan diteruskan.
01:22Mendengar perkara berkenaan, Muhyiddin yang duduk di kandang tertuduh kelihatan lega disambut sorakkan daripada penyokongnya yang berada di galeri awam.
01:30Mengikut satu pertuduhan, Muhyiddin sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Presiden Bersatu telah menggunakan kedudukannya untuk suapan
01:40wang berjumlah RM200 juta daripada Bukhari Ekwiti bagi sekutu tertuduh iaitu Parti Berkenaan.
01:48Kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya antara 8 dan 25 Februari 2021.
01:57Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23-1 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24-1
02:10Akta Sama.
Comments