00:00Identiti isu bukan hanya identiti politik
00:03ataupun parti politik
00:05ataupun fahaman politik
00:08tetapi identiti itu sudah mula merembis dalam pelbagai bidang subsektor dan tugas ruangan
00:13ada identiti agama
00:16ada identiti manhaj
00:18ada identiti-identiti kumpulan dan juga generasi
00:24ada generasi milenial yang dianggap tidak sesuai dengan gen Z
00:29atau gen Z
00:30alfa, beta dan sebagainya
00:32ya sudah pasti ada perbedaan
00:34sudah pasti ada kelainan
00:37tetapi kelainan itu kalau terus diperbesarkan
00:41ataupun terus ditebalkan
00:44dengan caba, dengan tidak cuba untuk faham memahami
00:48kefahaman itu bukan hanya terletak kepada yang muda untuk memahami
00:53generasi yang sedikit berusia
00:55tetapi yang berusia juga harus sedar
00:58tentang kefahaman dan perubahan generasi muda
01:02bila saya sebutkan tentang identiti politik
01:06ia bukan hanya menjurus kepada identiti sesuatu kaum
01:10tetapi ia menjurus kepada semangat asabiah dan perkauman yang tebal
01:16yang ditebalkan lagi dengan semangat dalaman
01:19yang kemudian menimbulkan perbalahan
01:22dan ini adalah penyakit dan barah besar di Malaysia
01:27yang harus segera ditangani dan harus sedia diubati
01:31kalau kita tidak ubati
01:33kita tebalkan dengan pelbagai alasan
01:37sama ada alasannya adalah alasan politikal
01:40sama ada alasannya adalah alasan kepuasan peribadi
01:43ataupun alasan-alasan yang kadangkala tidak masuk akal
01:47kita akan tenggelam
01:49ya, ramai yang bicara
01:52ini bukan persoalan Malaysia sahaja
01:55ini persoalan sedunia
01:57yang berlaku merata-rata di mana-mana
02:00perbincangan tentang identiti yang kemudian menjadi subjek
02:04menjadi senjata politik
02:07menjadi senjata perbedaan
02:09marilah kita belajar
02:11daripada perang yang meletus di sana-sini
02:14marilah kita belajar
02:16tentang perpecahan yang berlaku di sana-sini
Comments