Skip to playerSkip to main content
Pembinaan pusat data di Selangor bergantung syarat, kelulusan digariskan

Setiap pembinaan pusat data di Selangor bergantung kepada syarat dan kelulusan yang digariskan pelbagai pihak dalam memastikan tiada gangguan bekalan air dan elektrik.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri mengambil sikap berjaga-jaga dalam memastikan perlindungan terhadap keperluan rakyat diutamakan.

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #pusatdata #AmirudinShari

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pusat data sebenarnya adalah peluang dan mungkin cabaran.
00:05Cabaran yang disebutkan oleh saudara Fikri tadi memang betul.
00:09Biasanya pusat-pusat data ini akan memerlukan sumber tenaga yang besar
00:13dan juga memerlukan sumber air yang banyak.
00:17Dan kebanyakan peralihan dan pergerakan mereka daripada Singapura sebagai contoh
00:22disebabkan Singapura mula meletakkan harga bekalan tenaga yang tinggi
00:27di samping lokasi tanah mereka yang semakin terhad.
00:32Pergerakan mereka di sebuah negara yang lain sebelum ini juga begitu rancak
00:36kerana pentingnya mereka itu duduk dekat dengan Singapura.
00:41Kenapa?
00:41Sebab connectivity to the world di Asia Tenggara ini,
00:45dia punya pusatnya di Singapura.
00:47Kabel bawah lautnya.
00:49Jadi kalau mereka duduk dekat dengan Singapura, mereka akan sampai.
00:52Tapi ada cabaran lain seperti bekalan air dan bekalan elektrik yang mencukupi.
00:56Di sini pihak kerajaan persekutuan telah menggariskan beberapa syarat.
01:02Dan syarat-syarat tentang penggunaan tenaga dan energi merupakan satu syarat yang penting.
01:07Dan kelulusan daripada tenaga nasional sebagai pembekal tenaga adalah satu yang vital.
01:12Tanpa ada kelulusan tersebut, kita tidak akan boleh membenarkan pusat data itu beroperasi.
01:18Begitu juga dengan air selangor.
01:20Kalau di selangor dan Kuala Lumpur lah, kita akan tetapkan kalau bekalannya nampak cukup
01:24dan kita bagi, kalau tak cukup, kita tak bagi.
01:26Dan itu telah saya sebutkan, kita mempunyai reserve majin yang besar.
01:31Sekitar 15% antara yang terbesar sebenarnya dalam negara kita.
01:34Dan dengan beberapa projek loji rawatan air kita, saya percaya kita akan mempunyai atau meningkatkan reserve kita
01:42menjelang 20, 29 ke 30 menjadi 18 hingga 19%.
01:47Jadi prinsipnya jelas, air dan tenaga adalah sumber yang penting dan kita akan dahulukan rakyat.
01:55Jadi kalau keperluan untuk rakyat tidak mencukupi, maknanya kita tak boleh pergi untuk pusat data
02:00yang memerlukan bekalan tenaga yang mencukupi.
02:02Di samping, kita kena pergi kepada alternatif lah.
02:05Sekarang di beberapa buah negara seperti di China, mereka tula membuat pusat data
02:12ataupun data center di dalam laut.
02:14Sebab mereka tidak memerlukan kulit ataupun bekalan air yang banyak untuk menyejukkan bekalan itu.
02:20Mungkin itu adalah alternatif-alternatif di masa depan untuk negeri Selangor.
02:24Walaupun sebenarnya ada kebaikan.
02:26Itu cabaran yang saya sebut.
02:28Kebaikan-kebaikannya adalah kita boleh menggerakkan SME kita untuk menjadi pembekal
02:33kepada keperluan-keperluan data center.
02:37Dan antara keperluan-keperluan itu adalah chip.
02:39Selangor sangat memberikan fokus kepada bidang SME konduktor dalam 2 tahun, 3 tahun ke belakang.
02:45Menumpu kepada IC design dan selepas ini mungkin boleh beralih kepada board
02:51ataupun beralih kepada advent packaging maupun sampai kepada wafer.
02:56Jadi bekalan terhadap bahan-bahan tersebut sebenarnya boleh dibekalkan kepada pusat-pusat data ini.
03:04Dan malahan negeri sudah mula impus perlahan-lahan 30% lokal konten kepada keperluan data center
03:10dalam negeri Selangor.
03:12Maknanya mereka bukan boleh ambil semua daripada negara luar.
03:15Mereka datang daripada China sebagai contoh, semuanya mereka datang daripada China termasuk pekerja dia.
03:19Dan kita tetapkan 30% konten itu termasuk konten-konten sami konduktor, konten-konten kulen,
03:26konten-konten perkhidmatan, bekalan tenaga supaya kita juga menjaga perusahaan dalam negara kita.
03:32Ya kalau panggil tanya dengan saya, saya tidak anti keseluruhannya.
03:36Tapi kita mengambil sikap berjaga-jaga supaya kita juga memberikan protection kepada keperluan rakyat, air dan tenaga.
03:43Dan yang keduanya kepada perkembangan perniagaan termasuk SME dalam negeri Selangor.
03:52Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended