Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Jepun mengerahkan tiga helikopter CH-47 Chinook ke Indonesia bagi membantu operasi memadam kebakaran hutan yang disifatkan sebagai yang terburuk dalam tempoh 11 tahun, ketika negara itu berdepan kesan cuaca kering akibat fenomena El Niño.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jepun menghantar tiga helikopter CH-47 Chinook ke Indonesia bagi membantu usaha memadam kebakaran hutan yang semakin memburuk.
00:09Pasukan Jepun mengerahkan tiga helikopter berkenaan ke wilayah Borneo pada Rabu bagi menyertai operasi pemadaman kebakaran.
00:18Penyertaan aset udara itu sebelum ini tertangguh akibat keadaan penerbangan yang terjejas oleh jerebu tebal.
00:25Data Kerajaan Indonesia menunjukkan kira-kira 202,000 hektar tanah musnah akibat kebakaran dari Januari hingga Julai tahun ini.
00:35Dalam masa sama, kumpulan alam sekitar ia akan menganggarkan tambahan 600,000 hektar kawasan terjejas sepanjang bulan Ogos.
00:43Keadaan itu menjadikan jumlah kawasan terbakar meningkat dengan ketara di beberapa wilayah utama.
00:49Dalam hari itu, Presiden Indonesia Prabowo Subianto menggesa penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas bagi menangani punca kebakaran.
00:59Beliau mahu tindakan diambil terhadap pihak yang menggunakan kaedah tebang dan bakar untuk membersihkan kawasan tanah.
01:06Fenomena El Nino menyumbang kepada keadaan kering melampau yang meningkatkan risiko kebakaran di kawasan hutan dan ladang.
01:14Pulau Borneo dan Sumatera merupakan antara kawasan yang paling teruk terjejas oleh bencana tersebut.
01:21Usaha pemadaman kini dipertingkatkan dengan perlibatan aset dan kerjasama antarabangsa bagi mengawal situasi daripada menjadi lebih kritikal.
01:30Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended