Skip to playerSkip to main content
  • 20 minutes ago
Satu lagi mayat dipercayai pemancing yang dilaporkan hilang di perairan One Fathom Bank berdekatan Pulau Ketam ditemukan terapung di perairan Hutan Melintang, Perak, petang tadi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Satu lagi penemuan mayat dalam operasi mencari dan menyelamat SAR, tujuh pemancing yang dilaporkan hilang di perairan One Fathom Bank,
00:09petang Khamis, memberi petunjuk baharu dalam insiden berkenaan.
00:13Pegawai Operasi Maritim Malaysia Selangor, Leftenen Muhammad Syafiq Zazali berkata mayat itu ditemukan oleh nelayan tempatan pada jam 4.26
00:21petang.
00:22Mayat lelaki yang dipercayai salah seorang daripada mangsa ditemukan terapung di perairan hutan melintang Perak.
00:31Penemuan itu kemudian dimaklumkan kepada Maritim Malaysia Perak untuk tindakan selanjutnya.
00:37Kapal Maritim Malaysia KM Nusa yang terlibat dalam operasi pencarian terus digerakkan ke lokasi penemuan.
00:44Lokasi mayat ditemukan dianggarkan kira-kira tiga batu nautika persegi di sempadan perairan Selangor dan Perak dan dua batu nautika
00:54daripada lokasi mayat mangsa pertama ditemukan pada Rabu.
00:58Mayat dilapor masih memakai jaket keselamatan ketika ditemukan.
01:03Ia akan dibawa ke JT Hutan Melintang bagi membolehkan proses pengecaman identiti dilakukan oleh pihak polis bersama ahli keluarga atau
01:12waris.
01:12Isnin lalu Maritim Malaysia Selangor melancarkan operasi SAR selepas menerima laporan kehilangan tujuh pemancing di perairan One Phantom Bank pada
01:22jam 3.35 minit pagi.
01:25Empat daripada mereka ditemukan selamat di perairan Sekincan pada hari kedua operasi.
01:31Setakat ini dua lagi pemancing iaitu Muhammad Rizwan Ruhaizad dan Raja Muhammad Rozi Raja Muhammad masih belum ditemukan.
Comments

Recommended