00:00Rusia dan China menggunakan kuasa veto terhadap resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB
00:07bagi melanjutkan mandat pemantauan bebas terhadap sekatan antarabangsa ke atas Iran.
00:1311 daripada 15 anggota Majlis Keselamatan menyokong resolusi itu, manakala Pakistan dan Somalia berkecuali.
00:21Panel pakar berkenaan ditugaskan mantau pelanggaran sekatan, mengemukakan laporan serta mencadangkan tindakan lanjut kepada Majlis Keselamatan.
00:30bagaimanapun, panel itu tidak beroperasi sejak setahun lalu selepas negara anggota gagal mencapai persetujuan mengenai pelantikan pakarnya.
00:39AS memberi amaran ketiadaan panel bebas akan mewujudkan jurang pemantauan yang memudahkan Iran dan pihak lain mengelak sekatan.
00:48Rusia dan China pula meruduh negara barat mempolitikan Majlis Keselamatan serta menegaskan isu program nuklear Iran
00:56hanya boleh diselesaikan melalui pendekatan politik dan diplomatik.
Comments