00:00Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa unilateral
00:05untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
00:11Jelas Jabatan Peguam Negara EGC, kesahan serta kesan proklamasi bertarikh 19 April lalu
00:19hendaklah ditentukan menerusi proses perlembagaan dan undang-undang yang sah
00:25selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 atau UUTKNS 1959.
00:37EGC dalam kenyataan pada Khamis berkata pihaknya sebelum ini telah memberikan pandangan awal
00:43bahawa proklamasi itu adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak mandatory perkara 10 UUTKNS 1959.
00:53Menurut kenyataan, tiada keterangan bahawa mana-mana faktor hilang kelayakan yang dinyatakan
00:58dalam perkara 10 kurungan 1 UUTKNS 1959 terpakai kepada Tuanku Muhris, Tuanku Munawir.
01:07EGC berkata walaupun jelas Datuk-Datuk Undang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan
01:12supaya yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan diturunkan tahta, perkara 10 UUTKNS turut
01:19memperuntukkan tata cara dan asas-asas pertimbangan sebelum Datuk-Datuk Undang
01:23boleh membuat keputusan seremikian.
01:27Tambah EGC setakat Khamis, tiada fakta yang menunjukkan tata cara yang diperuntukkan tersebut
01:33telah dipatuhi.
01:34EGC turut mempersoalkan kesahan beberapa Datuk-Datuk Undang yang menandatangani
01:39proklamasi berkenaan, susulan dawaan mereka tidak lagi memegang jawatan secara sah
01:44selepas diturunkan mengikut adat di luar masing-masing.
01:49Uja EGC keabsahan beberapa undang yang menandatangani proklamasi tersebut
01:53adalah dipertikaikan kerana penurunan mereka telah dilakukan melalui adat di luar masing-masing.
02:02Oleh itu, sebenarnya komposisi undang yang empat adalah tidak lengkap
02:05pada masa yang material.
02:08Menurut Perkara 16 UUTKNS 1959,
02:13persoalan adat Melayu termasuk pemilihan, pelantikan,
02:17peletakan dan pemecatan jawatan undang serta apa-apa perkara yang dibawa oleh
02:21yang dipertuan besar terletak dalam bidang kuasa Dewan Undangan dan Keadilan.
02:27Manakala Perkara 16 Kurungan 3 UUTKNS 1959,
02:32nasihat Dewan mengenai persoalan sedemikian adalah muktamat dan tidak boleh dicabar
02:37atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.
02:43Jelas EGC lagi kenyataan media atau pengumuman oleh ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri,
02:49Negeri Sembilan tersebut adalah dianggap sebagai tidak mempunyai sebarang kesan
02:53di sisi undang-undang memandangkan mereka tidak mempunyai bidang kuasa,
02:57autoriti maupun kuasa di bawah UUTKNS 1959 untuk membuat pengumuman tersebut.
03:06EGC turut menegaskan tiada asas di sisi undang-undang bagi ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri
03:12untuk bersandar kepada proklamasi bertarikh 19 April 2026 bagi membuat pengumuman tersebut.
03:19Berdasarkan perkara-perkara di atas, tindakan pewartaan atau apa-apa tindakan pelaksanaan proklamasi tersebut
03:26adalah menjadi suatu tindakan yang tidak sah kerana tidak berperlembagaan.
03:32EGC berkata pihaknya turut mengambil maklum bahawa perkara berkaitan sedang dalam proseding di Mahkamah Tinggi Malaya di Seremban.
03:39Menurutnya terdapat perintah mahkamah dalam bentuk injangsi interlocuteri yang basih berkuat kuasa.
03:45Justru EGC menyeru semua pihak supaya menghormati proses mahkamah dan membenarkan perkara itu diselesaikan secara teratur.
Comments