00:00Institusi Islam tidak lagi boleh bergantung sepenuhnya kepada pendekatan pengurusan konvensional, sebaliknya perlu memanfaatkan pendigitalan dan kecerdasan buatan AI.
00:09Pengarah Persidangan Antarabangsa Masjid, Zakat dan Wakaf IMAF 2026, Dr. Madroza Lafri Johori berkata,
00:17Persoalan utama hari ini bukan lagi sama ada institusi Islam perlu menerima teknologi, tetapi bagaimana teknologi itu dapat dimanfaatkan untuk
00:25meningkatkan kecekapan pengurusan tanpa mengabaikan nilai serta prinsip syariah.
00:31Katanya transformasi digital dalam pengurusan masjid, zakat dan wakaf perlu dilaksanakan dengan berpaksikan amanah, integriti dan kepercayaan masyarakat, agar teknologi
00:41yang digunakan benar-benar memberi manfaat pada ummah.
00:45Ok, manusia itu perlu ada etika, ada adab, ada tahu bagaimana untuk menggunakan AI, bukan hanya meninggalkan kita punya kerja
00:55itu pada AI.
00:56AI ini hanya memudahkan kerja, hanya membantu kita berfikir, tetapi kita ini sebagai manusia, kita yang perlu semak semula lapisan
01:03kedua dan ketiga untuk dapatkan result yang lebih baik untuk dengan AI.
01:06Tidak salah menggunakan AI, tetapi bagaimana soul itu, jiwa manusia itu perlu ada yang kita terapkan dalam AI supaya akhirnya
01:15kita yang bertanggungjawab dengan apa maklumat yang disampaikan.
01:19Beliau berkata demikian ketika ditemui pada persidangan IMF kali ke-12 yang berlansung di Bangi, Selangor.
01:25Tahun ini, IMF 2026 mengangkat tema Digital Transformation and Artificial Intelligence in the Management of Mosques, Zakat dan Wakaf.
01:33Dr. Matt Rozalafri berkata, transformasi digital dan AI bukan lagi agenda masa depan, sebaliknya sudah menjadi sebahagian daripada realiti semasa
01:41yang perlu diadaptasi oleh institusi masjid, zakat dan wakaf
01:45untuk meningkatkan kecekapan serta memenuhi jangkaan masyarakat yang mahukan perkhidmatan yang lebih pantas, telus dan mudah diakses.
01:53Katanya, kejayaan transformasi digital tidak seharusnya diukur berdasarkan jumlah sistem atau aplikasi yang dibangunkan semata-mata.
02:00sebaliknya perlu dinilai berdasarkan impak yang dibawa kepada masyarakat.
Comments