Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, serangan antara parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan merupakan lumrah politik dan tidak seharusnya menjejaskan kestabilan kerajaan sedia ada.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Serangan antara parti komponen dalam kerajaan perpaduan merupakan lumrah politik dan tidak seharusnya menjejaskan kestabilan kerajaan sedia ada.
00:11Pemangku Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,
00:16perkara lebih penting ialah pendirian Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi,
00:21untuk memastikan parti itu kekal dalam kerajaan perpaduan sehingga tamat penggal pentadbiran.
00:29Masing-masing serang itu lumrah dalam politik.
00:33Saya setuju, saya sampaikan, dia tak setuju, dia tak macam-macam itu, biasa lah.
00:37Itu warna-warni politik lah.
00:39Yang paling penting ialah Presiden dia menyebut dengan jelas,
00:43akan kekal seperti mana komitmen yang dimeterai di dalam perjanjian bertulis.
00:49Seawal pembentukan kerajaan perpaduan.
00:51Itu kita pegang yang itu dulu.
00:53Ada pun serangan-serangan biasa itu lumrah.
00:57Saya tak anggap sebagian menjejaskan kestabilan.
01:01Mengulas lanjut, Saifuddin berkata,
01:04pendirian berkenaan penting bagi memastikan kerajaan mempunyai kestabilan politik
01:09untuk memberi tumpuan kepada pengurusan ekonomi negara dan kebajikan rakyat.
01:14Tambahnya, keputusan UMNO itu bukan perkara baru kerana persefahaman untuk meneruskan kerjasama
01:19sehingga akhir penggal telah dipersetujui melalui perjanjian bertulis selepas pilihan raya umum ke-15.
01:26Saya yang ikut membidani kelahiran kerajaan perpaduan ini
01:30seawal November 2022 sejurus selepas keputusan pelan raya,
01:36saya tahu bahawa secara dokumennya
01:42kita telah memeterai satu perjanjian macam persefahaman bertulis
01:47untuk kita akan bekerjasama sehingga habis penggal.
01:52So, apabila Presiden UMNO menyebut di dalam sidang medialnya
01:56pada akhir penutup semalam bahawa dia akan memegang kepada komitmen itu,
02:01itu bukan satu perkara baru pada saya.
02:03Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga timbalan Perdana Menteri berkata,
02:07UMNO akan terus kekal dalam kerajaan perpaduan sehingga penghujung penggal pertabiran
02:11selaras dengan resolusi yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2026.
Comments

Recommended