00:00Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya gesaan terbaru rejim Zionis Israel untuk memindahkan rakyat Palestine secara paksa dari Gaza
00:07termasuk tindakan keganasan terhadap rakyat Palestine oleh pendatang haram Israel di Tebing Barat yang diduduki meliputi Baitul Magdis Timur.
00:19Kementerian Luar dalam kenyataan menegaskan pembunuhan, ugutan, pemusnahan harta benda dan pemindahan secara paksa rakyat Palestine oleh pendatang haram Israel
00:28yang dilakukan dengan sewenang-wenangnya adalah tindakan keji yang merupakan pencabulan serius terhadap undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan
00:37antarabangsa.
00:39Menurut Kementerian Luar, tindakan sedemikian terus mengukuhkan pendudukan, memperluas penempatan haram Zionis secara sistematik serta merampas tanah milik rakyat Palestine.
00:49Malaysia menegaskan bahawa Gaza merupakan sebahagian daripada wilayah Palestine yang diduduki OPT dan menolak sebarang usaha untuk mengubah komposisi melalui
01:00peluasan penempatan dan keganasan pendatang haram.
01:03Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNSC untuk mengambil tindakan konkret bagi menghentikan pencabulan
01:14dan memastikan pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan serta melindungi rakyat Palestine.
01:19Malaysia menegaskan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap hak rakyat Palestine untuk terus kekal di tanah mereka dan untuk menubuhkan
01:27sebuah negara Palestine yang berdeka dan berdaulat
01:30berdasarkan sempadan PRA 1967 dengan Baitul Magdis Timur sebagai ibu negaranya.
Comments