00:00Baik, seorang mampu menghafaz surah As-Sajadah, manakala seorang lagi membaca Al-Quran dengan baik, namun tidak memiliki telkung kerana
00:07keluarganya kurang berkemampuan.
00:09Itu antara sisi kehidupan kanak-kanak orang asli suku Semai yang ditemui sekumpulan sukarelawan ketika menyantuni masyarakat di pos lenjang
00:17Kuala Lipis, Pahang.
00:34Pertemuan itu berlangsung menerusi program bantuan dan ziarah dari 31 Ogos hingga 1 September lalu.
00:41Program berkenaan turut menyaksikan pertandingan azan dan tilawah pertama kali dianjurkan, khusus untuk kanak-kanak orang asli di kawasan itu.
00:4918 kampung menghantar seorang wakil, sekaligus membuka ruang kepada mereka, memperlihatkan bakat yang selama ini kurang diketengahkan.
00:56Menurut Ahli Jawatan Kuasa Pertubuhan V1M Naimah Abdullah, pertandingan itu bukan semata-mata menjadi pemenang,
01:04sebaliknya mahu membangkitkan minat dan keyakinan kanak-kanak untuk mendalami pendidikan Islam.
01:09Program susulan turut dirancang dengan memberi tumpuan kepada pengajian Al-Quran dan Fardu Ain, termasuk bacaan surah pendek dan tata
01:17cara menunaikan solat.
01:18Seramai 35 sukarelawan mengambil masa kira-kira 4 jam dari Syah Alam untuk tiba di pos selenjang selain perlu melalui
01:25jalan sempit yang hanya boleh dilalui sebuah kenderaan pada satu-satu masa.
01:30Mereka turut terpaksa memotong dan mengalihkan beberapa pokok tumbang akibat hujan lebat serta ribut pada malam sebelumnya.
01:36Selain pertandingan azan dan tilawah, bakul makanan, pakaian serta barangan keperluan turut diagihkan kepada komuniti berkenaan.
01:44Terima kasih kerana menonton!
Comments