00:00Kemenangan di Johor dan Negeri Sembilan memberikan beberapa impetus
00:05Ataupun petunjuk yang penting
00:07Pertama, orang Melayu inginkan perwakilan politik Melayu Islam yang kuat
00:14Bagaimana ia harus diterjemahkan, terpulanglah kepada UMNO
00:19Maknanya, orang Melayu tidak peduli dengan formula politik kita
00:24Bagi mereka, kita tak perlu ada pelbagai koalisi-koalisi
00:30Atau perikatan itu dan perikatan ini
00:33Yang mereka kehendakkan ialah suara politik Melayu Islam itu
00:38Dominans dan juga menguasai
00:41Struktur politik formal itu tidak penting
00:45Yang penting ialah tiada pertindihan kepentingan Melayu
00:49Kedua, kesepaduan undi Melayu meyakinkan kita bahawa
00:55Politik identiti itu akan terus menguasai persada politik Malaysia
01:00Fenomena ini tidak hanya terpakai di negeri-negeri jajaran Melayu
01:05Atau koridor Melayu sahaja
01:08Maknanya, saudara-saudara sekalian
01:10Politik identiti sukar dipisahkan dengan sikap pengundi Melayu
01:15Perkara ini juga terpakai kepada bukan Melayu
01:19Walau dimanapun
01:21Politik identiti adalah kelaziman yang tidak boleh dikesampingkan
Comments