00:00Baik, sektor pembuatan Malaysia dijangka terus mencatat prestasi positif tahun ini didorong oleh permintaan global yang berterusan terhadap produk elektrik
00:09dan elektronik atau E&E, khususnya dalam segmen semikonduktor berkaitan kecedasan buatan AI.
00:14Menurut RHB Investment Bank, gitaran peningkatan teknologi global yang dipacu pendigitalan dan penggunaan AI terus mewujudkan permintaan kukuh terhadap komponen
00:25elektronik sekaligus memberi manfaat kepada industri berorientasikan eksport di Malaysia.
00:33RHB berkata integrasi Malaysia yang semakin kukuh dalam rantaian nilai semikonduktor global berasaskan AI menjadikan permintaan semikonduktor dunia sebagai antara
00:43pemacu utama prestasi eksport E&E negara.
00:46Selain itu, penggunaan domestik yang berdaya tahan serta pelaburan sektor swasta yang berterusan dijangka menjadi penampan kepada aktiviti perindustrian ketika
00:55ekonomi global masih berdepan ketidaktentuan.
00:58Menurut bank pelaburan itu, usaha memperkukuh pengeluaran tempatan, menyokong perusahaan kecil dan sederhana serta menggalakkan industri berimpak tinggi turut membantu
01:08meningkatkan nilai tambah sektor pembuatan.
01:11Prestasi industri semikonduktor global juga kekal memperangsangkan apabila jualan semikonduktor dunia meningkat 135.1% tahun ke tahun pada Julai
01:202026 kepada $137.9 bilion Amerika.
01:26Perkembangan itu dijangka terus menyokong pengeluaran sektor E&E Malaysia yang merupakan antara penyumbang terbesar kepada eksport dan aktiviti pembuatan
01:34negara.
01:35Bagaimanapun RHBIB berpandangan, tekanan kos huluan masih menjadi cabaran utama kepada sektor pembuatan.
01:41Harga komoditi global, kos bahan mentah dan gangguan rantai bekalan boleh memberi kesan kepada harga pengeluar serta majin keuntungan syarikat.
01:50Menurut anggaran bank pelaburan itu, peningkatan 1% harga minyak mentah brand boleh meningkatkan indeks harga pengeluar atau IHP sebanyak
02:000.03% dalam jangka pendek dan sehingga 0.02% dalam jangka panjang.
02:06Melihat kehadapan, RHBIB mengekalkan unjuran pertumbuhan indeks pengeluaran perindustrian IPP 2026 pada kadar 58% berbanding pertumbuhan 57% tahun
02:18ini.
02:19Bank pelaburan itu turut menjangkakan belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada 9 Oktober depan
02:25akan menjadikan langkah sokongan bersasar bagi bantu pengilang mengurus tekanan kos, meningkatkan akses pembiayaan, serta mempercepat pelaksanaan pelaburan yang telah
02:35diluluskan.
Comments