00:00Prospek ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan, disokong aktiviti pembuatan yang kukuh, pelaburan, infrastruktur berterusan serta pembangunan pusat data yang semakin
00:09pesat.
00:10Menurut S&P Global Ratings, Malaysia terus mengekalkan momentum pertumbuhan yang baik, hasil peranannya yang semakin penting dalam rantaian bekalan
00:18teknologi serantau.
00:22Ahli ekonomi kanan untuk Asia Pasifik, Vesrut Rana berkata pihaknya mendapati prestasi ekonomi Malaysia agak kukuh.
00:28Disokong oleh aktiviti pembuatan produk teknologi dan elektronik yang mantap. Pelaburan yang berterusan dalam sektor itu dijangka menyokong pertumbuhan bagi
00:37tempoh sederhana, selain membolehkan Malaysia meningkatkan kedudukannya dalam rantaian nilai.
00:42Vesrut berkata pelaburan awam dan projek-projek infrastruktur berskala besar, terutamanya pembangunan real dan pengangkutan turut menyumbang secara ketara kepada
00:52ekonomi Malaysia.
00:52Beliau berkata pelaburan dalam pusat data yang semakin meningkat turut bertindak sebagai pemacu utama dan penting untuk pengembangan ekonomi sejak
01:00kebelakangan ini.
01:02Vesrut berkata sektor pembuatan Malaysia juga mencatat prestasi lebih baik berbanding pertumbuhan keseluruhan ekonomi pada suku kedua,
01:09manakala output pelombongan yang kukuh terutamanya daripada eksport gas terus menyokong pendapatan negara.
01:15Tekanan inflasi pula agak terkawal dengan inflasi harga pengguna keseluruhan kekal sekitar 2% iaitu dalam julat yang dianggap selesa
01:23oleh bank pusat katanya.
01:24Menurut beliau, pihaknya menyaksikan beberapa segmen tertentu mengalami inflasi contohnya dalam segmen penjagaan diri dan produk berkaitan tetapi tekanan inflasi
01:34secara meluas pada keseluruhannya tidak ketara.
01:37Kata beliau, keadaan itu dibantu oleh subsidi sedia ada untuk produk tenaga pengguna yang masih dikekalkan.
01:43Pada masa hadapan, Vesrut berkata pertumbuhan Malaysia pada 2026 berkempingan melebihi unjuran awal S&P Global Ratings iaitu pada 49
01:52% disokong oleh prestasi separuh pertama tahun ini yang lebih kukuh daripada jangkaan.
01:58Ahli ekonomi itu menjangkakan inflasi kekal stabil sekaligus mengurangkan keperluan untuk pelarasan dasar monitori dalam masa terdekat.
02:05Vesrut menambah ringgit juga kekal agak kukuh tanpa menjejaskan daya saing eksport dengan ketara menekala keadaan pasaran buruh adalah stabil.
Comments