00:00Industri bola sepak tanah air terus mendapat suntikan keyakinan daripada sektor korporat.
00:05Terbaru Kedai Emas Seri Semantan atau KES menawarkan penajaan tunai RM2 juta kepada Kelantan CTFC
00:12bagi mengharungi saingan Liga A1 Semi Pro musim ini.
00:18Malah nilai tajaan itu boleh meningkat sehingga RM5 juta sekiranya pasukan tersebut melayakkan diri ke Liga Super musim hadapan.
00:26Ini meletakkan sasaran tinggi buat Kelantan CTFC untuk melangkah lebih jauh dalam kancah bola sepak tempatan.
00:34Pengurusi KES, Mohd Hafizal Mahmud berkata keputusan untuk menaja Kelantan FC didorong oleh kehangatan serta kesetiaan penyokong Kelantan
00:42yang disifatkannya amat luar biasa dan selari dengan nilai kemasyarakatan syarikatnya.
00:48Katanya, pemilihan Kelantan CT pula bukan dibuat secara kebetulan.
00:51Kekuatan sokongan penyokong Kelantan digabungkan dengan semangat barisan pemain muda
00:56menjadi sebab KES yakin terhadap potensi pasukan berkenaan.
01:02Betul, saya setuju sangat sebab kita pun lihat banyak masalah-masalah semua ini
01:11jadi kita yang berkemampuan sedikitlah, sedikit permampuan saya rasa tersalah
01:17pihak-pihak korporat ataupun swasta untuk bersama membantu membangunkan
01:24bola sepak dan negeri masyarakat insyaAllah.
01:27Okey, kalau pasukan ini terus menunjukkan prestasi lah, komitmen dan semangat yang tinggi.
01:34KES bersedia untuk terus memberi sokongan yang lebih besar pada masa yang akan datang
01:39di mana KES ini bukan sekadar menajib pasukan.
01:42KES juga mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan kebangkitan bola sepak di Kelantan dan Malaysia.
01:50Beliau berkata demikian dalam sidang media pada aksi timbal balik pusingan 16 PLFA
01:56antara Kelantan CT dan negeri 9 FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.
02:01Selain itu ujarnya, langkah itu bukan sekadar ganjaran kewangan
02:05sebaliknya satu insyarat keyakinan pihak korporat terhadap potensi Kelantan FC untuk bangkit semula.
02:12Sebelum ini, KES turut menyalurkan tajaan RM4 juta kepada Sabah FC.
02:17Namun, bagi saingan Liga A1 Semipro, Kelantan CT menjadi pilihan berdasarkan keyakinan
02:23terhadap semangat pemain muda dan kekuatan sokongan akar umbi.
02:27Bagi KES, pelibatan sektor swasta dalam bola sepak tempatan juga penting
02:31dalam membantu industri itu kembali stabil selepas berdepan pelbagai cabaran.
02:36Dengan penjenamaan semula Kelantan FC daripada Kelantan WTS,
02:41pasukan itu kini memulakan satu babak baharu.
02:44Malahan, dengan suntikan RM2 juta serta janji RM5 juta,
02:48misinya kini jelas memburu tiket ke Liga Super.
Comments