Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Dr Mahathar menambah dalam kejadian berkenaan, penerbangan helikopter terbabit telah dilaksanakan, namun sebarang maklumat lanjut mengenai aspek kebenaran penerbangan perlu dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan.
Transcript
00:00Kebenaran penerbangan helikopter yang membawa petugas perkhidmatan Dr. Udara FDS yang terhempas perhampiran lapangan terbang landasan pendek Long Lelang, Ulu
00:09Baram, Sarawak
00:09bertakluk kepada kelulusan agensi berkaitan dan bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan.
00:16Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Mahathar Abdul Wahab berkata, setiap penerbangan sama ada menggunakan helikopter atau kapal terbang
00:24perlu mematuhi prosedur keselamatan yang tertentu sebelum kebenaran diberikan.
00:32Sebarang aspek penerbangan sama ada helikopter ataupun kapal terbang dan sebagainya, prosedur-prosedur tertentu daripada aspek keselamatan perlu dipatuhi
00:44dan barulah mereka diberikan kebenaran untuk terbang.
00:48Itu yang sebenarnya di pihak KKM, inilah sebenarnya yang kita nyatakan daripada awal tadi.
00:57Sama ada kebenaran untuk terbang atau tidak itu tertakluk kepada kelulusan daripada agensi yang cinta berkenaan
01:04bukan di pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
01:06Dalam kes semalam, kebenaran tersebut, penerbangan telah berlaku.
01:12Tapi untuk maklumat lanjut berkaitan dengan pertanyaan daripada Tuan tadi, saya mohon pihak berkuasa yang berkaitan menjawab soalan tersebut.
01:20Dalam pada itu, Dr. Mahathar berkata, KKM juga akan mengambil kira input daripada pihak berkuasa berhubung aspek keselamatan helikopter
01:28sebelum membuat keputusan mengenai penggunaannya.
01:30Menurutnya, FDS mempunyai beberapa komponen termasuk perkhidmatan berjadual
01:35yang dilaksanakan sebulan sekali atau setiap dua bulan mengikut keperluan penduduk pedalaman
01:41selain MEDEVAC bagi membawa pesakit kritikal mendapatkan rawatan.
01:46Jadi, untuk itu, dari aspek keselamatan pelayan doktor services itu, tetamanya dari penggunaan helikopter dan sebagainya,
01:55aspek keselamatan tersebut adalah di bawah bidang kuasa agensi-agensi yang berkaitan.
02:01Jadi, kita di peringkat KMN akan mengambil maklum dan input daripada pihak berkuasa terkait dengan keselamatan helikopter tersebut.
02:11dan daripada itu, kita akan membuat keputusan sama ada penggunaan helikopter tersebut yang akan diteruskan untuk perkhidmatan ini.
02:20Helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas perhampiran lapangan terbang landasan pendek Lung Lelang, Ulubaram,
02:29kira-kira 929 km dari Kucing, Sarawak.
Comments

Recommended