Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Tabung Haji mengekalkan Kos Haji pada RM33,300 seorang bagi musim 1448H/2027M, selain meneruskan Bantuan Kewangan Haji secara bersasar dengan peruntukan sekitar RM234 juta.
Transcript
00:00Seterusnya, lembaga tabung haji mengekalkan kos haji dan kadar bayaran haji jemaah muasasah bagi musim 2027 sekaligus mengekalkan kadar sama
00:11untuk tahun keempat berturut-turut.
00:13Kos haji kekal pada RM33,300 seorang meskipun berdepan tekanan inflasi, ketidaktentuan ekonomi global serta penambahbaikan kemudahan di tanah suci.
00:27TH dalam kenyataan berkata pengekalan kos itu dicapai hasil takbir urus cekap, perancangan awal, rundingan strategik serta perjanjian jangka panjang
00:37dengan penyedia perkhidmatan.
00:38Dalam masa sama, TH memperuntukkan sekitar RM234 juta bagi meneruskan bantuan kewangan haji, Hafiz secara bersasar kepada jemaah B40 dan
00:49M40.
00:49Jemaah B40 yang menerima bantuan kerajaan seperti sumbangan tunai rahma SDR dikenakan bayaran RM15,000, manakala jemaah M40 membayar RM23
01:00,500.
01:02Jemaah T20 dengan pendapatan individu sekurang-kurangnya RM15,000 sebulan perlu membayar kos penuh iaitu RM33,300.
01:12Pengurusi TH Tan Sri Abdul Rashid Hussein berkata Arab Saudi menetapkan kuota rasmi jemaah haji Malaysia selama 31,600 orang
01:20bagi musim ini dan penetapan lebih awal memberi ruang kepada bakal jemaah untuk membuat persiapan kewangan, kesihatan dan ilmu dengan
01:29lebih teratur.
01:29Sementara itu, pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif TH, Mustaqim Mohamad berkata, hampir 90% daripada kos haji melibatkan
01:37penginapan, penerbangan dan perkhidmatan di Tanah Suci.
01:41TH turut mengekang kenaikan kos penerbangan melisi kontrak jangka panjang selama 5 tahun.
01:47Hafiz diperkenalkan sejak 2001 dengan jumlah bantuan terkumpul kini melebihi RM28,000,000,000.
01:52Surat tawaran haji kepada 31,600 bakal jemaah akan dikeluarkan secara berperingkat mulai 21 September, manakala kursus asas haji di
02:03lebih 200 masjid seluruh negara bermula 25 September.
Comments

Recommended