00:00Baik, seterusnya bekas pengurusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahim bertekad membersihkan namanya daripada pertuduhan salah guna
00:08kedudukan yang dihadapinya.
00:10Dan perkara itu disampaikan peguamnya, Datuk Amir Hamzah Arsyad selepas Abdul Aziz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Kuala Lumpur
00:20pada Rabu.
00:22Abdul Aziz yang berusia 60 tahun menyifatkan pertuduhan terhadapnya sebagai tidak benar sama sekali dan memohon untuk dibicarakan.
00:30Beliau membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.
00:35Bekas Ahli Parlimen Baling itu hadir dengan memakai baju lokat polis berwarna ungu dan dalam keadaan bergari.
01:01Mengikut pertuduhan, Abdul Aziz didakwa menggunakan kedudukannya sebagai pengurusi tabung haji untuk mendapatkan suapan berupa jawatan pengurusi Putrajaya Perdana Berhad.
01:11Jawatan itu didakwa menawarkan remunerasi RM690,000 setahun, kemudian BMW, 7 Series serta seorang pemandu tetap.
01:21Beliau didakwa mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji ketika itu, Tan Sri Ismi Ismail, supaya mencadangkan namanya sebagai wakil tabung
01:29haji dalam syarikat berkenaan.
01:31Abdul Aziz juga didakwa meyakinkan Ahli Lembaga Tabung Haji supaya meluluskan pelaburan sehingga RM193.5 juta dalam Putrajaya Perdana.
01:40Mahkamah membenarkan beliau diikat jamin RM450,000 dengan dua penjamin warga Malaysia.
01:47Sebutan semula kes ditetapkan pada 11 November ini bagi serahan dokumen.
Comments