Skip to playerSkip to main content
  • 15 minutes ago
Gunung Anak Krakatau kembali meletus awal Rabu ketika aktiviti gunung berapi yang terletak di Selat Sunda itu terus berlanjutan susulan beberapa letusan baru-baru ini.
Transcript
00:00Ini pula kemas kini mengenai situasi letusan gunung berapi di Indonesia yang mana gunung anak Krakatau kembali meletus awal rabu
00:08ketika aktiviti gunung berapi yang terletak di selat Sunda itu terus berlanjutan susulan beberapa letusan baru-baru ini.
00:15Pusat Volkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia PWMBG memaklumkan letusan berlaku pada 12.47 pagi waktu tempatan dan direkodkan selama
00:2928 saat dengan amplitude seismik maksimum 51mm manakala ketinggian letusan tidak dapat diperhatikan.
00:41Sementara itu, Badar Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia BMKG berkata analisis imej satelit Himawari 9 pada 7 pagi rabu menunjukkan
00:51abu gunung berapi dari anak Krakatau mencapai ketinggian sehingga 7,000 kaki dan bergerak ke arah barat laut meliputi sebahagian
00:59teluk lampung.
01:00Letusan pada rabu itu menyusuli tiga letusan yang direkodkan pada selasa selepas fasa letusan berterusan selama kira-kira 25 jam
01:08bermula 11.07 malam Jumaat, reda sejurus selepas tengah malam Ahad.
01:13Anak Krakatau yang terletak di selat Sunda antara Pulau Jawa dan Sumatera kekal pada tahap tiga, tahap kedua tertinggi dalam
01:19sistem amaran gunung berapi empat peringkat Indonesia manakala pihak berkuasa memberi amaran bahawa potensi untuk berlaku letusan susulan masih tinggi.
01:28PVMBG menerusi laman sesawangnya melaporkan tiga lagi gunung berapi di Indonesia turut merekodkan letusan pada rabu.
01:35Gunung Semeru di Jawa Timur meletus pada 12.15 pagi dan sekali lagi pada 5.11 pagi namun ketinggian letusan
01:43tidak dapat diperhatikan.
01:44Gunung Ili Liwotolok di Nusa Tenggara Timur pula meletus tiga kali pada 5.3 pagi, 5.56 pagi dan 9
01:53.51 pagi menghamburkan abu setinggi antara 400 hingga 600 meter dari puncak yang bergerak ke arah barat laut dan barat.
02:01Sementara itu, Gunung Ibu di Maluku Utara meletus pada 5.27 pagi dan 9.19 pagi dengan abu masing-masing
02:09mencapai 400 meter dan 600 meter dari puncak serta bergerak ke arah timur laut dan timur.
Comments

Recommended