Skip to playerSkip to main content
  • 14 minutes ago
PENRA memaklumkan hampir 60 peratus projek tenaga suria Palestin telah disiapkan dalam tempoh dua tahun bagi meningkatkan keselamatan tenaga dan mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar.

Pelbagai projek tenaga boleh diperbaharui turut diperluaskan ke sekolah, hospital serta kerajaan tempatan menjelang sasaran 2030.
Transcript
00:00Selanjutnya, pihak berkuasa tenaga dan sumber asli Palestine memaklumkan hampir 60% projek tenaga suria di wilayah itu telah disiapkan
00:09dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini.
00:12Menurut pihak berkuasa tenaga dan sumber asli Palestine, PENRA, Pelan Keselamatan Tenaga 2025 hingga 2027 menyasarkan penggunaan tenaga boleh diperbarui
00:22sebanyak 30% menjelang tahun 2030.
00:27Usaha itu dilaksanakan bagi meningkatkan keselamatan tenaga dan mengurangkan kebergantungan terhadap sumber tenaga luar.
00:35Langkah itu juga bertujuan memperkukuh keupayaan infrastruktur elektrik dan meningkatkan kemampanan bekalan tenaga.
00:41Menurut PENRA, sebanyak 85 loji kuasa suria dengan kapasiti gabungan 126 MW telah dilesenkan.
00:49Kapasiti itu mencukupi untuk memenuhi keperluan kira-kira 40,000 isi rumah.
00:54PENRA juga melancarkan program Syamsi Palestine yang bolehkan pihak berkuasa tempatan membangunkan loji tenaga suria sendiri.
01:02Program itu disasarkan melibatkan 80 majlis perbandaran menjelang 2030.
01:07Dalam sektor pendidikan dan kesehatan, lebih 800 sekolah dan 6 hospital kini menggunakan tenaga bersih.
01:14Usaha itu turut diteruskan bagi melengkapi puluhan hospital dan klinik dengan sistem tenaga suria.
01:20PENRA turut menyediakan pelan pembinaan semula sektor elektrik di Gaza dan meneruskan pembangunan loji janu kuasa Jenin bagi menampung keperluan
01:28elektrik di tebing barat.
Comments

Recommended