Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Seramai 27 pelajar terbaik STPM 2025 dari 18 universiti awam menerima tajaan yuran pengajian bagi melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda menerusi inisiatif KPT dan MPM.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seramai 27 pelajar terbaik sijil tinggi Persekolahan Malaysia STPM 2025 daripada 18 universiti awam menerima tajaan dalam bentuk yuran pengajian
00:13bagi mengikuti pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda.
00:18Inisiatif itu dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi KPT dan Majlis Perperiksaan Malaysia MPM untuk memastikan kecemelangan akademik diteruskan ke peringkat
00:28pendidikan tinggi.
00:32Menterinya Datuk Seri Zamri Abdul Qadil berkata tajaan berkenaan diberikan sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemelang pelajar STPM 2025 selain sebagai
00:43usaha kerajaan menyokong potensi mereka untuk terus berjaya dalam bidang masing-masing.
00:48Di peringkat KPT kita mengambil 30 pelajar yang terbaik seluruh negara itu yang mempunyai kelayakan yang terbaik di peringkat STPM
01:01dan kita memberikan beasiswa penuh kepada mereka iaitu tuition free kepada mereka.
01:08Ini melibatkan pelbagai bidang termasuk dalam bidang-bidang kritikal seperti bidang perubatan, bidang engineering, bidang pendidikan dan lain-lain lagi.
01:19Jadi sebentar tadi saya dapat saksikan kegembiraan mereka dan juga di kalangan ibu bapak mereka dan saya rasa berbangga dengan
01:27kejayaan mereka
01:28yang melibatkan semua kaum dalam negara kita yang mana mereka yang mencapai kejayaan cemelang itu terberikan pengiktirafan ini dan mereka
01:39sambung pelajaran mereka dalam universiti-universiti tempatan kita.
01:43Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis serahan surat tajaan yuran pengajian kepada pelajar STPM MPM di Putrajaya pada Isnin.
01:52Ujar Zamri tajaan itu diberikan kerana kerajaan percaya penerima mempunyai potensi untuk terus menyelah dan menyumbang kepada pembangunan negara pada
02:02masa depan.
Comments

Recommended