00:00Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia Semat MAS-01 tiba di Terusuli Bazar, Nepal selepas hampir 6 jam perjalanan
00:10bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana HADR di kawasan terjejas bencana.
00:17Pasukan itu tiba kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan pada Isnin atau 6.15 petang waktu Malaysia.
00:28Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara NADMA, Datuk Miur Ismail Miur Hakim berkata
00:34perjalanan sejauh kira-kira 70km dari Katmandu yang sepatutnya mengambil masa sekitar 3 jam
00:40terpaksa mengambil hampir 6 jam berikutan laluan sukar dan kerosakan teruk pada jalan raya akibat bencana.
00:48Miur Ismail berkata setibanya di Terusuli Bazar, pasukan Semat menjadikan sebuah kamp tentera
00:55sebagai base of operation bagi menyelaras gerak kerja dan penugasan operasi mencari dan menyelamat.
01:02Pasukan tentera Nepal menerajui operasi pengurusan bencana di kawasan terjejas
01:06menekala Semat akan melaksanakan tugasan mencari dan menyelamat mengikut keperluan di lapangan.
01:13Pada Sabtu lalu, 11 pegawai dan anggota Semat berlepas ke Nepal
01:18menaiki pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia TUDM dari Subang kira-kira jam 9 pagi.
01:25Pasukan itu turut membawa peralatan SARS bagi menyokong operasi di kawasan terjejas.
01:32Setakat ini, lebih 5,000 individu masih dilaporkan hilang
01:35manakala hampir 1,300 lagi disahkan terkorban dalam bencana berkenaan.
01:40Daripada jumlah yang masih hilang itu, 55 individu adalah rakyat Malaysia.
Comments