Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) akan memperketat pelaksanaan Sistem Kamera Semakan Cabaran pada Sukan Asia ke-20 Aichi-Nagoya 2026 bagi memastikan keputusan pengadilan dibuat secara lebih tepat, telus dan adil.

Temasya yang berlangsung dari 19 September hingga 4 Oktober itu bakal menyaksikan acara sepak takraw dipertandingkan di Stadium Paloma Mizuho, Nagoya, Jepun.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Persekutuan Sepat Akro Asia ASTAF akan memperketat pelaksanaan sistem kamera semakan cabaran pada Sukan Asia ke-20 Aishi Nagoya 2026
00:11bagi memastikan keputusan pengadilan dibuat secara lebih tepat, telus dan adil.
00:17Temasya yang berlangsung dari 19 September hingga 4 Oktober itu bakal menyaksikan acara Sepat Akro dipertandingkan di Stadium Paloma Mizuho
00:26Nagoya di Jepun.
00:28ASTAF bersama Persekutuan Sepat Akro Antarabangsa ISTAF komited memastikan mutu pengadilan kekal pada tahap tertinggi
00:36selaras dengan Undang-Undang Permainan Sepat Akro serta Piawayan Pengadilan Antarabangsa.
00:41Sistem itu menggunakan kamera berkadar bingkai tinggi yang membolehkan sesuatu aksi atau pergerakan pemain diteliti dengan lebih terperinci sekiranya keputusan
00:51pengadil dicabar.
00:52Menurut ASTAF, teknologi itu membolehkan semakan dibuat dalam masa nyata berdasarkan bukti visual
00:58sekaligus membantu pengadil membuat keputusan lebih tepat terutama dalam situasi yang sukar ditentukan menerusi pemerhatian secara langsung.
01:07Terima kasih telah menonton!
01:11Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended