Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pernah ditawarkan kerjasama oleh Amerika Syarikat (AS) untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2014.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis Deraja Malaysia PDRM sedang menjalankan siasatan mengenai dawaan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang
00:08pernah ditawarkan kerjasama oleh Amerika Syarikat AS untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional BN pada 2014.
00:17Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata,
00:20Siasatan dibuat mengikut Seksyen 505 Kurungan B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
00:33Beliau berkata setakat ini 12 laporan diterima berhubung isu berkenaan manakala 12 saksi sudah dirakam percakapan.
00:42Menurut beliau, rakaman percakapan Abdul Hadi pula akan diambil dalam tempoh terdekat bagi melengkapkan siasatan.
00:49Pada ahad, Kedutaan AS di Kuala Lumpur, NAFI pernah cuba menentukan kepemimpinan politik Malaysia
00:56sambil menyifatkan sebarang dawaan yang sebaliknya sebagai palsu.
01:01Kenyataan itu susulan dawaan Abdul Hadi pada Sabtu bahawa seorang wakil Kedutaan AS pernah bertanya kepadanya
01:08mengenai calon yang dicadangkan PAS sebagai Perdana Menteri.
01:12Abdul Hadi mendakwa dalam pertemuan itu, kedua-dua pimpinan utama PAS turut dimaklumkan
01:17mengenai kemungkinan untuk menjatuhkan kerajaan dan mengambil alih pentadbiran
01:22selain mendakwa Washington bersedia membantu usaha berkenaan.
Comments

Recommended