00:00Rusia dan Korea Utara dengan rasmi membuka jambatan jalan raya pertama yang berhubungkan kedua-dua negara.
00:07Jambatan Dolorong sepanjang kira-kira satu kilometer yang merentasi sungai Tumen itu mula beroperasi pada Isnin
00:12dengan kenderaan pertama dihiasi bendera kedua-dua negara melintasi sempadan berkenaan.
00:20Majlis perasmian disertai Perdana Menteri Rusia Mikhail Mishustin dan Perdana Menteri Korea Utara Pak Teng Song
00:27menerusi pautan video bersama pekerja serta pegawai kerajaan dari kedua-dua negara.
00:32Kedua-dua pihak menyifatkan pembukaan jambatan tersebut sebagai satu pencapaian penting
00:37dalam memperkukuh hubungan ekonomi, perdagangan dan logistik antara kedua-dua negara.
00:42Pembinaan jambatan itu mula dibincangkan sejak beberapa tahun lalu sebelum projek berkenaan dimulakan pada April tahun lepas.
00:48Projek tersebut dipersetujui ketika lawatan Presiden Rusia Vladimir Putin ke Korea Utara pada tahun 2024.
00:55Sebelum ini, Moskow dan Pyongyang mempunyai hubungan pengangkutan udara serta kereta api seri langsung.
01:01Bagaimanapun, sehingga kini, tiada laluan jalan raya rasmi yang menghubungkan kedua-dua negara.
01:06Pyongyang sebelum ini dilaporkan menghantar ribuan anggota tentera ke wilayah Kursk, Rusia
01:11bagi membantu Moskow menangkis serangan rentas sepadan Ukraine pada 2024.
01:17Pembukaan jambatan itu dijangka meningkatkan lagi kerjasama ekonomi
01:20dan pergerakan logistik antara kedua-dua negara pada masa harapan.
Comments