00:00Bagi kira-kira 15 bulan tempoh parlimen perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk melaksanakan agenda reformasi dan memenuhi keperluan rakyat.
00:10Setia Usaha Agung DAP Anthony Locke berkata tempoh parlimen semasa hanya akan berakhir pada Disember 2027 dan tiada sebab ia
00:19perlu dibubarkan lebih awal.
00:22Kita ada lebih kurang 15 bulan lagi untuk tempoh parlimen ini. Tidak ada sebab parlimen perlu dibubarkan lebih awal sekarang.
00:34Jadi kita berharap dan kita memberikan sokongan kepada Perdana Menteri untuk pastikan tempoh kerajaan ini dapat kita terus kekalkan sehingga
00:47akhir tempoh parlimen ini.
00:48Anthony menegaskan selagi Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat, tiada keperluan untuk tunduk kepada
00:57tekanan mana-mana pihak bagi mengadakan pilihan raya umum ke-16.
01:01Pendirian itu disuarakan susulan desakan daripada pelbagai pihak agar parlimen dibubarkan selepas pilihan raya negeri di Johor dan Negeri Sembilan
01:08berbaru ini.
01:09Menurutnya baki penggal berkenaan perlu diisi dengan pelaksanaan pembaharuan yang telah dirancang dan dijanjikan kerajaan.
01:15Ia termasuk pindaan perlembagaan persekutuan serta undang-undang baru bagi memastikan peruntukan saksama kepada semua kawasan parlimen dan Dewan Undangan
01:23Negeri.
01:24DAP turut berharap lebih banyak dasar ekonomi yang memberikan kelegaan kepada raya dapat diumumkan dalam belanjawan dan dilaksanakan pada tahun
01:31harapan.
01:32Katanya semua janji kerajaan perlu ditunaikan sebelum PRU-16 supaya rakyat dapat menilai prestasi pertabiran semasa.
01:38Dia berkata demikian ketika berucap merasmikan Kongres Kebangsaan Wanita DAP 2026 di Putrajaya pada Ahad.
Comments