00:00Jabatan Alam Sekitar GAS memberi perhatian khusus terhadap kebakarannya dilaporkan di kawasan Berluka dan Tanah Gambut berhampiran Jalan Sibu Jaya
00:10Barat, Mukah serta Sungai Naidaro, Sarawak.
00:14Dalam satu kenyataan pada ahad, Timbalan Ketua Pengarahnya Azuri Azizah Saidun berkata, kebakaran di kawasan pertanian dan Tanah Gambut itu
00:22berpotensi menghasilkan asap dan pelepasan bahan pencemar yang boleh menjejaskan kualiti udara setempat sekiranya tidak dikawal.
00:33Berdasarkan status terkini, katanya kebakaran di kawasan Jalan Sibu Jaya Barat telah berjaya dikawal dan dipadamkan bagi kawasan seluas 9
00:40hektar dengan baki kira-kira 1 hektar masih dalam tindakan pemadaman.
00:45Manakala di Sungai Naidaro daripada keseluruhan kawasan seluas 3 hektar yang terbakar, kira-kira 2.5 hektar masih terbakar.
00:54Bagaimanapun, Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia memaklumkan keadaan adalah terkawal.
00:58Penerbangan drone perlu dilaksanakan bagi mendapatkan gambaran terkini mengenai status kebakaran dan keluasan kawasan yang terjejas.
01:06Katanya lagi, orang ramai diminta supaya tidak melakukan pembakaran terbuka, khususnya ketika keadaan, cuaca panas dan kering serta kualiti udara
01:13berada pada tahap yang tidak sihat hingga berbahaya.
01:16Orang ramai juga diminta supaya tidak membenarkan tanah atau premis milik mereka dimasuki atau dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
01:24sehingga menyebabkan berlakunya pembakaran terbuka.
01:26Selaras dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling, Pindaan 2024, kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda minimum RM25,000 hingga RM1,000
01:35,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya.
01:38Terima kasih telah menonton!
Comments