00:00Sebanyak 31 penerbangan ke Jakarta dibatalkan di semua lapangan terbang seluruh negara hari ini.
00:06Susulan penutupan sementara lapangan terbang antarabangsa Soekarno-Hatta
00:11berikutan abu vulkanik yang terhasil daripada letusan gunung anak Krakatau.
00:16Menurut Malaysia Airports Holdings Berhad MEHP,
00:20pembatalan yang dilaporkan syarikat penerbangan setakat tengah hari Ahad
00:24melibatkan penerbangan yang dijadualkan antara 6.45 pagi hingga 11.55 malam.
00:33MEHP berkata lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur KLIA
00:36mencatat bilangan pembatalan tertinggi dengan 21 penerbangan
00:40meliputi 15 di Terminal 1 dan 6 di Terminal 2.
00:44Lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang merekodkan 6 pembatalan
00:48manakala lapangan terbang antarabangsa Kucing mencatat 1 pembatalan
00:52lapangan terbang Subang 2 dan lapangan terbang Kota Baru dengan 1 pembatalan.
00:58Gunung anak Krakatau yang terletak di selat Sunda antara Jawa dan Sumatera
01:02terus meletus sehingga Sabtu dengan pihak berkuasa melaporkan
01:06aktiviti pancutan lava dan bunyi dentuman dan gemuruh yang boleh didengar
01:10dari sebuah pos pemerhatian.
01:13Letusan itu bermula pada 11.07 malam waktu tempatan pada Jumaat
01:17dan berterusan hingga 6 pagi Sabtu.
01:19Operasi penerbangan di lapangan terbang antarabangsa Soekarno-Hatta
01:23telah digantung sehingga 1.30 tengah hari waktu tempatan.
01:27Terdahulu, akaun media sosial rasmi KLIA mengeluarkan nasihat perjalanan
01:31yang menggesa penumpang menuju ke Jakarta menerusi penerbangan yang terjejas
01:35supaya menghubungi syarikat penerbangan masing-masing
01:38untuk maklumat jadual terkini.
Comments