00:00Kerajaan perlu membatalkan setemperta kontrak mana-mana syarikat yang berulang kali gagal menunaikan tanggungjawab kepada para petani dan juga pesawah.
00:08Itu teguran tegas yang disuarakan Dato' Sri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Penutupan Pameran Pertanian, Hartikultur dan Agro Pelancongan
00:18Malaysia Maha 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Maib Serdang pada Ahad.
00:24Menurut Perdana Menteri lagi, ia bagi memastikan golongan yang menjadi tulang belakang sektor pertanian negara itu tidak terus menjadi mangsa
00:32kelemahan pihak yang diberi amanah.
00:37Apa puncanya syarikat mana yang diberi amanah? Mereka tunai janji atau tidak? Kalau mereka tak tunai, mengapa tidak ada tindakan
00:46terhadap mereka?
00:46Jadi bagi saya tak tahu siapa syarikat mana, saya kata kalau syarikat yang seperti ini berulang kali melakukan kesilapan, batalkan.
00:59Ambil syarikat baru. Jangan jadikan petani dan pesawah mangsa.
01:04Perdana Menteri turut menegaskan kerajaan akan mengenalpasti secara terperinci syarikat-syarikat yang terlibat dan didapati gagal menunaikan tanggungjawab mengikut perjanjian
01:13yang telah dipersetujui bersama.
01:14Langkah itu bagi memastikan setiap pihak yang diberi amanah dan kontrak oleh kerajaan benar-benar menjalankan tugas serta tanggungjawab seperti
01:21yang ditetapkan dalam perjanjian rasmi.
Comments