Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Pelbagai pencapaian luar biasa yang dicapai oleh individu, syarikat dan organisasi dari seluruh Asia kini terus didokumentasikan menerusi pelancaran edisi ketiga Asia Record Book of Achievement oleh Asia Record, sekali gus memperkukuh usaha mengiktiraf kecemerlangan dan inovasi yang lahir dari rantau ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Berbagai pencapaian luar biasa yang diperoleh individu, syarikat dan juga organisasi dari seluruh Asia kini terus didokumentasikan menerusi pelancaran edisi
00:09ketiga Asia Record Book of Achievement.
00:12Penerbitan terbaru itu menghimpunkan pemegang rekod dan juga pencapaian yang diiktiraf oleh Asia Record,
00:19berentasi pelbagai bidang dan merupakan kesindamungan kepada kejayaan dua edisi terdahulu yang dilancarkan pada Februari dan Oktober 2025.
00:30Ketua Juri Asia Record, Datuk KK Chua berkata, setiap rekod yang dicatatkan mempunyai nilai yang jauh lebih besar daripada sekadar
00:39angka atau gelaran kerana ia mencerminkan usaha, dedikasi dan keberanian individu serta organisasi untuk melengkaui batas kebiasaan.
00:49Beliau berkata Asia Record Book of Achievement diwujudkan bagi memastikan setiap pencapaian dapat didokumentasikan secara rasmi,
00:58dikongsi dengan masyarakat dan terus dikenang sebagai sebahagian daripada sejarah kecemerlangan Asia.
01:04Today marks a very special occasion for us. It's a new milestone for Asia Record because this is our third
01:12publication of Asia Record Book of Achievements.
01:15I also would like to take the opportunity to thank all of you that have supported Asia Record Book of
01:21Achievement.
01:21As you all are well aware, the first publication of Asia Record Book of Achievement was on February 2025.
01:29And the second publication of Asia Record Book of Achievement together with our official media launch of Asia Record which
01:38was held on 16 Oktober 2025.
01:42Beliau menambah buku tersebut turut berperanan sebagai satu legasi yang berkekalan kepada para pemegang rekod.
01:49Selain menjadi platform untuk mengetengahkan pencapaian yang sebelum ini, mungkin hanya dikenali dalam komuniti atau industri tertentu.
01:57Menurutnya, Asia Record berharap penerbitan berterusan buku itu akan menggalakkan lebih banyak penyertaan dari seluruh rantau Asia
02:05serta membawa perhatian yang lebih luas kepada kejayaan yang dicapai oleh pelbagai negara, industri dan komuniti.
02:12Terima kasih.
02:13Terima kasih.
02:13Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended