Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Seorang peserta Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 meninggal dunia, manakala lapan lagi menerima rawatan di hospital selepas mengalami masalah kesihatan ketika menyertai program berkenaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang peserta komanda Eksatria Endurance Challenge atau KKEC 2026 meninggal dunia,
00:06malakala 8 lagi sedang menerima rawatan di hospital selepas mengalami masalah kesihatan
00:11ketika menyertai program berkenaan di Universiti Teknologi Mara atau UITM Cawangan Pahang,
00:16Kampus Jengkel.
00:18Ketua Polis Searah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata pihaknya menerima laporan
00:22berhubung kejadian itu jam 6.59 petang semalam.
00:29Menurut Kim Wai, mangsa yang meninggal dunia merupakan pelajar lelaki berusia 21 tahun.
00:35Punca kematian hanya boleh disahkan selepas berdasar siasat.
00:39Memetik laporan sebuah portal berita, kesemua peserta terbabit tidak sedarkan diri
00:43sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dipercayai akibat faktor cuaca panas.
00:50Sementara itu, UITM Cawangan Pahang menerusi kenyataan menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga
00:57Uyaraham Fadlam Fakri Solana Mok Falimal, peserta KKEC dari UITM Cawangan Negeri Sembilan.
01:06Mangsa merupakan pelajar fakulti sains sukan dan rekreasi.
01:10Menurut kenyataan itu, pihak pengurusan sentiasa mengetamakan kebajikan warganya.
01:14UITM justru memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kebajikan keluarga olayarham.
01:20Selain itu jelas kenyataan itu, pengurusan universiti itu menggerakkan bantuan komprehensif
01:25bagi memastikan segala urusan pengurusan jenazah, dokumentasi, pengangkutan serta sokongan emosi kepada keluarga mangsa
01:33berjalan lancar dan dipemudahkan.
01:36Dalam pada itu, UITM maklumkan pertandingan membabitkan aktiviti luar KKEC 2026
01:42dan dijaduakan berlangsung pada ahad dibatalkan sebagai langkah keselamatan
01:47susulan kejadian berkenaan.
01:49Menurut kenyataan itu, program tahunan yang menghimpunkan komanda kesatria
01:53dari seluruh cawangan UITM di Malaysia itu berlangsung dari 2 hingga 8 September
01:58di UITM Cawangan Pahang, Kampus Jengka.
02:01Menurut UITM, program berkenaan disanakan dengan mematuhi prosedur operasi standar SOP
02:07kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan.
02:12Terima kasih.
Comments

Recommended