00:00Indonesia terus menyelaras usaha dengan negara jiran serta memanfaatkan mekanisme ASEAN bagi menangani isu jerebu rentas sempadan ketika asap kebakaran
00:10hutan dan tanah merebak ke beberapa kawasan Asia Tenggara.
00:13Jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Vat Nabil berkata, Jakarta memberi keutamaan kepada kerjasama dengan negara jiran dan mengekalkan hubungan dua hala
00:24yang baik khususnya dalam menangani isu alam sekitar yang memberi kesan merentas sempadan.
00:32Menurutnya, Indonesia bersama negara-negara serantau turut meningkatkan kesiapsagaan menghadapi cuaca kering yang dikaitkan dengan keadaan iklim semasa.
00:40Jerebu akibat kebakaran di Indonesia dilaporkan merebak ke beberapa bahagian Asia Tenggara termasuk Malaysia, Singapura dan Brunei serta Filipina.
00:49Vat berkata, Indonesia turut menggunakan kerangka ASEAN dalam menangani isu jerebu menerusi mekanisme di bawah perjanjian ASEAN mengenai pencemaran jerebu
00:56rentas sempadan AATHP.
00:58Pertemuan secara berkala turut diadakan bagi membincangkan isu berkenaan dan menyelaras tindakan susulan.
01:04Beliau berkata, Sekretari ASEAN yang bertindak sebagai pusat penyelarasan sementara ASEAN bagi kawalan pencemaran jerebu rentas sempadan ACC THPC mengekalkan
01:14tahap amaran 3 untuk rantau ini sejak 26 Ogos lalu.
01:17Di bawah tahap berkenaan, negara anggota ASEAN perlu mengemukakan laporan situasi harian termasuk peta pergerakan jerebu untuk diedarkan kepada pusat
01:26tumpuan nasional masing-masing.
01:28Vat berkata, Indonesia telah memenuhi semua kewajiban pelaporan harian serta tindakan meneteri di bawah tahap amaran 3 selaras dengan prosedur
01:35ASEAN bagi pemantauan, penilaian dan tindak balas kecemasan bersama.
01:39Terima kasih telah menonton!
Comments