Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
ASEAN disaran memperkukuh penggunaan teknologi ramalan dan sistem amaran awal bagi menangani risiko jerebu rentas sempadan sebelum ia berlaku.

Pakar Rujuk Kelestarian & Alam Sekitar Malaysia, Prof Ir Ts Dr Mohd Fadhil Md Din berkata pendekatan berasaskan data masa nyata sahaja dilihat tidak mencukupi, sebaliknya perlu diperkasakan dengan mekanisme ramalan, pemantauan berterusan serta pelan mitigasi awal bagi menghadapi kemarau dan fenomena El Nino.
Transcript
00:00Menurut Pakar Rujuk Kelestarian dan Alam Sekitar Malaysia, Prof. Dr. Fadhil Maddin, sistem amaran awal perlu dilaksanakan sebelum berlakunya kemarau
00:08atau fenomena El Niño
00:09supaya langkah mitigasi dapat diaktifkan lebih awal dan tidak hanya bergantung kepada tindak balas ketika krisis sedang berlaku.
00:20Menurutnya, pelaksanaan sistem amaran awal yang lebih menyeluruh mampu membantu semua pihak mengambil tindakan mitigasi lebih cepat
00:27sekaligus mengurangkan risiko kebakaran dan jerebu sebelum ia berlaku.
00:33Namun beliau berkata rantau ini sebenarnya telah mempunyai jawatan kuasa khusus serta pelan haletuju sehingga tahun 2030
00:41selain disokong teknologi pemantauan yang mampu mengesan risiko lebih awal.
00:49Jadi saya mucadangkan kepada peringkat ASEAN untuk melaksanakan jangkaan yang lebih awal
00:55di mana apabila berlakunya tindak balas dari segi kemarau, musim kemarau, El Niño yang datang
01:03so kita sudah menyediakan pelan tambahan iaitu kebakaran ini berkunca daripada kebanyakannya pembakaran di hutan
01:10ataupun pembukaan ladang.
01:12Jadi bermakna untuk menyekat ataupun memastikan pemantauan itu berterusan
01:16sebelum kejadian itu berlaku telah pun ada proses untuk meletakkan alat alert warning sistem
01:23untuk memastikan pasukan dan juga hidrologi di kawasan tanah-tanah pelan tangan itu sentiasa mempunyai air
01:30kerana sumber air itulah yang akan mencegah dari segi pembakaran itu berlaku.
01:34Pada masa sama, sektor swasta disaran memainkan peranan lebih aktif menerusi penyediaan dana tambahan
01:42memandangkan jerebu turut memberi kesan langsung kepada produktiviti dan aktiviti ekonomi.
01:49Beliau berkata demikian dalam program Niaga Awani pada Jumaat.
Comments

Recommended