Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Seorang lelaki warga emas berusia 62 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di kawasan tempat letak kenderaan Desa Penang 2, Lebuh Sungai Pinang 7, George Town. Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di kawasan tempat letak kenderaan desa Pinang 2,
00:08lebuh sungai Pinang 7 di Georgetown, Pulau Pinang pada Khamis.
00:12Ketua Polis Daerah Timur Laut SCP Abdul Rozak Mohamad berkata pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu
00:18daripada orang awam pada jam 6.59 petang.
00:23Menurut beliau, sepasukan anggota polis yang tiba di lokasi mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kenderaan
00:30berkenaan.
00:31Hasil pemeriksaan awal di tempat kejadian serta pemeriksaan fizikal ke atas mayat tidak menemukan sebarang unsur jenayah.
00:38Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang bagi tujuan bedah siasat dan siasatan lanjut.
00:45Beliau berkata mangsa dikenalpasti sebagai penduduk tempatan di kawasan berkenaan.
00:50Setakat ini, punca kematian tidak dapat dipastikan dan menunggu laporan rasmi bedah siasat.
00:55Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut SDR sementara siasatan lanjut dijalankan.
01:04dan menunggu laporan rasmi bedah siasat dan menunggu laporan rasmi bedah siasatan lanjut.
01:06Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended