00:01Indeks pencemaran udara IPU Serian kini melepasi paras 500 yang sebelum ini dinyatakan sebagai ambang untuk tindakan pengisytiharaan darurat akibat
00:11jerebu.
00:12Berdasarkan sistem pengurusan Indeks Pencemaran Udara APIMS, Jabatan Alam Sekitar JAS, bacaan IPU di stesen pemantauan IPD Serian meningkat kepada
00:20511 setakat jam 11 pagi Jumaat.
00:25Bacaan itu dikategorikan berbahaya selepas Serian merekodkan IPU 495 pada jam 7 pagi tadi.
00:31Sebelum ini, Pengurusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri JPBN Sarawak, Datuk Ahmad Oles Unggah Embas berkata,
00:39jika IPU di sesuatu lokaliti mencecah 500, pihaknya akan memaklumkan Agensi Pengurusan Bencana Negara, NADMA, untuk tindakan lanjut berkaitan pengisytiharaan
00:49darurat.
00:49Sementara itu, beberapa kawasan lain di Sarawak turut merekodkan IPU pada tahap berbahaya dan sangat tidak sihat.
00:56Kuching merekodkan IPU 310, Samarahan 281 dan Sri Aman 239.
01:02Manakala Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Samalaju dan ILP Miri, masing-masing merekodkan IPU antara 116 hingga 181, iaitu tahap tidak
01:12sihat.
Comments