Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
SPR komited terus mengurus proses pilihan raya secara adil, telus, cekap dan berintegriti demi memelihara demokrasi negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia SPR yang menyambut ulang tahun penubuhan ke-69 hari ini, komited untuk terus menguruskan proses pilihan
00:08raya negara secara adil, telus cekap dan berintegriti.
00:13Menerusi hantaran di Facebook, SPR memaklumkan sepanjang 69 tahun penubuhannya, institusi itu terus bergerak seiring perubahan zaman dalam memperkukuh sistem
00:22demokrasi menerusi pilihan raya.
00:27SPR terkomited meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat secara cekap dan telus, sekaligus memastikan proses demokrasi negara terus terpelihara.
00:37SPR ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dengan keanggotaan awal seorang pengerusi dan dua ahli.
00:47Pengerusi pertamanya ialah Mustafa Al-Bakri Hassan bersama dua ahli Li Yubun dan Dit Singh.
00:53Susulan penubuhan Malaysia pada 1963, keanggotaan SPR ditambah sebelum diperluas kepada tujuh orang pada 2002.
01:01Kini keanggotaan SPR terdiri daripada seorang pengerusi, timbalan pengerusi dan lima ahli termasuk masing-masing seorang wakil dari Sabah dan
01:09Sarawak.
01:10selamat menikmati.
01:10Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended