00:00Kesatuan Eropah EU secara rasmi menyertai kempen tekanan ekonomi AS terhadap Iran menerusi inisiatif yang dikenali sebagai Operasi Economic Outcast.
00:10Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Besson berkata, Washington menghargai penderian tegas yang diambil EU dalam meningkatkan tekanan ekonomi ke atas Teheran.
00:22Beliau berkata langkah itu bertujuan menghalang Iran daripada menggunakan sistem kewangan global untuk membiayai program nuklear dan aktiviti yang dianggap
00:31mengancam keselamatan serantau.
00:33Menerusi hantaran di PlatformX, Besson menegaskan bahawa komuniti antarabangsa akan terus meningkatkan tekanan ke atas Iran.
00:40Beliau berkata setiap saluran kewangan yang masih boleh dimanfaatkan oleh Teheran akan menjadi sasaran langkah sekatan berterusan.
00:48Akhir bulan lalu, EU memaklumkan akan bekerjasama rapat dengan AS, negara-negara G7 dan rakan antarabangsa lain bagi mengekalkan tekanan
00:57terhadap Iran.
00:58Langkah itu turut disifatkan sebagai usaha bagi mengurangkan ketegangan dan memastikan kestabilan di Asia Barat.
01:06Isu program nuklear Iran dan perkembangan keselamatan serantau terus menjadi fokus utama dalam hubungan antara Teheran dan negara-negara Barat.
Comments