00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menafikan dawaan bahawa negara itu berdepan kekurangan bekalan peluru di tengah-tengah konflik berterusan dengan
00:08Iran.
00:09Malah beliau menyifatkan pihak yang terus mempertikaikan kemampuan ketenteraan Amerika Syarikat sebagai mempunyai sifat pengkhianatan.
00:19Trump dalam hantaran di platform Truth Social berkata pihak yang menyebarkan dawaan mengenai Amerika kekurangan peluru seolah-olah mahu melihat
00:26Amerika Syarikat tewas dalam konflik semasa.
00:29Beliau menegaskan bahawa negaranya sedang mendominasi operasi ketenteraan dan tidak berdepan sebarang masalah bekalan senjata.
00:36Tambahnya Amerika Syarikat mempunyai stok peluru yang mencukupi serta keupayaan pengeluaran yang sangat tinggi.
00:42Beliau berkata negaranya juga sedang meningkatkan simpanan senjata bagi menghadapi sebarang kemungkinan di masa depan.
00:49Trump turut menjelaskan bahawa Washington ketika ini mengutamakan keperluan angkatan tenteranya sendiri dan menangguhkan penjualan senjata kepada negara lain.
00:58Namun katanya penjualan kepada negara sekutu akan disambung semula dalam masa terdekat.
01:04Dalam masa sama Trump mengkritik pentadbiran bekas Presiden Joe Biden berhubung bantuan ketenteraan besar-besaran yang disalurkan kepada Ukraine.
01:11Beliau juga menyatakan hasrat untuk mendapatkan semula bayaran daripada negara-negara Eropah berhubung bantuan yang pernah diberikan oleh Washington.
Comments