00:00Pada perkembangan seterusnya, lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian provokasi pada Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya pada Isnin
00:10diminta untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Putrajaya untuk membantu siasatan.
00:17Ketua Polis Daerah Putrajaya, SCPID Syah Muhammad berkata, pihaknya setakat ini menerima empat laporan polis berkaitan kejadian itu.
00:27Polis turut mengesan video tular berdurasi 2 minit 18 saat yang dimuat naik menerusi Facebook.
00:33Rakaman memaparkan seorang lelaki berbaju orin atau coklat dipercayai melakukan provokasi sebelum merempuh dan menolak orang awam yang menunggu pembukaan
00:45pagar tempat duduk.
00:47Tindakan itu menyebabkan berlaku tolak-menolak sehingga beberapa individu terjatuh.
00:52Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5 pagi pada 31 Ogos lalu.
00:58Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
01:07serta Akta Kesalahan Kecil 1955.
Comments