00:00China akan menghantar pakar pengecaman identiti menerusi DNA ke kawasan bencana di Nepal bagi membantu operasi mengesan dan mengenal pasti
00:10mangsa.
00:10Ia sebahagian daripada kumpulan kedua bantuan Beijing yang turut merangkumi drone, peralatan penelenaan air dan kemudahan pencahayaan.
00:21Jurucakap Kementerian Luar China Guo Jiakun berkata selain drone, bantuan itu turut merangkumi peralatan serta reajen ujian DNA dan kemudahan
00:30pencahayaan.
00:31Sejak bencana berlaku, Beijing dan Kathmandu terus berkongsi maklumat berhubung operasi mencari dan menyelamat SAR serta pencegahan bencana susulan.
00:39China juga menyalurkan data metrologi dan hidrologi, khidmat rundingan teknikal serta maklumat amaran awal kepada Nepal.
00:45Beijing memberi jaminan akan terus menyokong usaha bantuan bencana dan memperkukuh kerjasama pengurangan risiko bersama Kathmandu.
00:52Bencana pada 26 Ogos lalu tercetus selepas runtuhan glazier menyebabkan banjir lumpuh merentasi sistem sungai di Nepal serta China.
01:00Lebih 900 orang terkorban di Nepal manakala ribuan lagi masih hilang.
01:05Di China, angka rasmi kekal 16 korban dengan sekurang-kurangnya 560 individu masih belum ditemukan.
Comments