Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Lima lelaki tempatan berusia antara 19 hingga 30 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes pergaduhan dan rusuhan di hadapan sebuah kelab malam di Pudu, Kuala Lumpur yang tular di media sosial.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lima lelaki tempatan berusia 19 hingga 30 tahun ditahan bagi membantu siasatan pergaduhan dan merusuh di hadapan sebuah kelab malam
00:10di Pudu, Kuala Lumpur.
00:11Rakaman video berdurasi 38 saat yang memaparkan kejadian itu tular di Facebook sejak ahad lalu.
00:18Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Assistant Commissioner Anas Sulaiman berkata,
00:21siasatan awal mendapati pergaduhan itu berpunca daripada perselisihan faham antara beberapa individu sebelum keadaan berlarutan sehingga mencetuskan pergaduhan besar di
00:32luar kelab.
00:33Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Kesiksaan kerana cubaan membunuh,
00:39Seksyen 148 Kanun Kesiksaan kerana memiliki senjata dalam rusuhan dan Seksyen 427 Kanun Kesiksaan kerana melakukan kianat.
00:50Selain itu, polis turut menyita sebuah kereta Pro 2 MyV yang dipercayai digunakan ketika kejadian.
00:56Simakkan rekod mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah, kekerasan dan dadah.
01:03Dan kesemua mereka dah direman selama lima hari sehingga Jumaat bagi membantu siasatan.
01:09Polis masih giat mengesan beberapa lagi suspek lain yang dipercayai masih bebas.
Comments

Recommended