00:00Suranjaya Pilihan Raya SPR perlu menyiapkan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Sarawak dalam tempoh tidak
00:09melebihi 2 tahun, bermula daripada tarikh notis mengenainya diwartakan.
00:14Dalam satu kenyataan media, SPR memaklumkan kajian itu melibatkan cadangan penambahan 17 kawasan Pilihan Raya Negeri,
00:21sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kerusi Dun Sarawak meningkat daripada 82 kepada 99.
00:29Setiausaha SPR, Datuk Khairul Syahril Idrus berkata, kajian semula itu dilaksanakan berlandaskan fasal 2 perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.
00:39Tambah beliau representasi terhadap syur yang dicadangkan boleh dikemukakan dalam tempoh sebulan selepas tarikh penyiaran notis tersebut.
00:49Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada SPR melalui pautan sama atau dialamatkan kepada pegawai Pilihan Raya Negeri Sarawak.
Comments